Walimatulurus
Ahad, 22 November 2026
“Ya Allah, berkatilah pertemuan ini dan satukanlah kami dalam kebaikan, dunia dan akhirat.”
Dengan penuh kesyukuran
Indah berseri kuntuman melati,
Harum mewangi di taman nan indah,
Dengan penuh syukur di dalam hati,
Kami menjemput Dato'/Datin/Tuan/Puan/Encik/Cik
Untuk bersama-sama meraikan cinta dan bahagia,
Serta menitipkan doa restu buat putera tercinta kami bersama pasangan pilihan hatinya
Harunnizam Hafizuddin bin Harun
&
Nadia binti Yahya
Anakanda kepada
Sabariah binti Abu
(balu kepada Allahyarham Haji Harun bin Semin)
Kisah Kami

Menghitung Hari
Tarikh & Masa
Majlis Resepsi
Ahad, 22 November 2026
11:00 Pagi – 4:00 Petang
Citra Hall, Kota Masai
59, Jalan Ekoperniagaan 2, Eko Perniagaan Park 3, Taman Kota Masai
11:00 Pagi
Ketibaan tetamu jemputan
12:30 Tengah Hari
Ketibaan raja sehari Bacaan doa Jamuan makan beradab
2:45 Petang
Sesi bergambar bersama keluarga & tetamu
4:00 Petang
Majlis bersurai
Lokasi
RSVP
Tempoh mengesahkan kehadiran telah tamat
Tarikh akhir ialah 20 November 2026. Sila hubungi tuan rumah secara terus.
Galeri
Buku Tetamu
“Selamat pengantin baru harun dan pasangan ! Semoga ikatan yang dibina kekal hingga ke syurga. Semoga bahagia selalu, saling melengkapi dan mencintai hingga hujung nyawa…”
— bad, aini & anak2
“Tanam mengkudu di tepi perigi,Buah dipetik si anak dara,Tahniah Harun jadi suami sejati, > Moga bahagia selamanya sejahtera.”
— Memet
“Alhamdulillah tahniah syam... Smge perkawinan ini dipermudah kan sgla nya... Smge yg indah2 untuk korang”
— Eyka dan naz
“Selamat melayari bahtera perkahwinan! 💍🤍 Semoga ikatan yang dibina kekal hingga ke syurga, sentiasa dilimpahi kasih sayang, kebahagiaan dan rezeki yang melimpah ruah. Semoga Allah memberkati rumah tangga kalian, mempermudahkan segala urusan dan mengurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Ikhlas daripada kami se. ❤️”
— Nurin, Akmal & Baby Adam
“Tahniah sham & nad semoga perkahwinan korang sentiasa dierbakti Allah kekal hingga ke syurga”
— Along
Makluman
Surau
Surau disediakan di dalam dewan
Parking
Parking percuma disediakan
Hafizuddin & Nadia
“Dan antara tanda kebesaran-Nya, Dia menciptakan untukmu pasangan hidup…”
— Surah Ar-Rum 30:21