







































































































































































































✦ Mula percuma · tanpa app · tanpa akaun
QR Galeri Tetamu
Tetamu imbas QR dan kongsi gambar & ucapan terus dari telefon, semuanya terkumpul dalam satu galeri
Lihat Contoh Sebenar
Contoh QR Galeri Tetamu

Apa itu QR Galeri Tetamu?
Satu imbasan. Semua momen, satu tempat.
Setiap sudut yang tetamu tangkap — yang jurugambar mungkin terlepas — terus masuk ke satu galeri majlis milik anda berdua.
- 1

Tetamu imbas QR di meja
Letak kad QR di setiap meja, atau kongsi pautan di WhatsApp. Kamera telefon terus membuka galeri — tiada app, tiada akaun.
- 2

Galeri majlis anda terbuka
Nama anda berdua, tarikh & lokasi majlis, dalam design yang anda pilih. Tetamu tahu mereka di tempat yang betul.
- 3

Kongsi gambar & video
Pilih gambar dari telefon, tulis kapsyen jika mahu, tekan muat naik. Video tetamu tersedia pada pakej Pro.
- 4

Tinggalkan ucapan
Doa & ucapan tetamu tersimpan bersama gambar — kenangan yang boleh anda baca semula bila-bila masa.
QR untuk setiap meja
Satu imbasan, di setiap meja tetamu.
Setiap galeri datang dengan QR sendiri, nama majlis diisi automatik. Muat turun PDF 10×15 cm, cetak di kedai & letak di setiap meja.
Aiman & Dahlia
Imbas QR untuk kongsi
gambar & video majlis kami
neekahkita.com/galeri/aiman-dahlia
Detik yang diingati
Live Wall — majlis anda, secara langsung.
- ✦ Kemas kini automatik sepanjang majlis
- ✦ QR “imbas untuk kongsi” terus pada skrin
- ✦ Nama tetamu terpapar pada setiap gambar






Apa yang anda dapat
Semua momen, satu tempat.
Tanpa app, tanpa akaun
Tetamu hanya imbas dan muat naik — dari nenek sampai anak buah, semua boleh. Tiada halangan, tiada pendaftaran.
Live Wall di majlis
Papar gambar tetamu secara langsung di skrin atau projektor — muncul serta-merta sambil majlis berlangsung. Detik yang paling diingati.
Galeri majlis peribadi
Setiap sudut yang tetamu tangkap — yang jurugambar mungkin terlepas — terkumpul kemas dalam satu galeri, milik anda berdua.
Muat turun semua sekali
Simpan seluruh galeri sebagai satu fail .zip — tiada gambar hilang, tiada leret satu-satu di group WhatsApp.
Peribadi & terkawal
Galeri anda tak diindeks di enjin carian. Anda boleh sembunyi atau padam mana-mana gambar dari papan pemuka anda.
Video tetamu (Pro)
Pada pakej Pro, tetamu boleh muat naik klip video pendek juga — bukan sekadar gambar. Galeri kekal aktif 90 hari.
Harga jelas
Mula percuma. Naik taraf bila perlu.
Percuma
RM0
- ✦ 50 gambar
- ✦ 10 pilihan design
- ✦ Live Wall
- ✦ Galeri aktif 7 hari
- ✦ Penjenamaan Neekah Kita
Pro
Paling berbaloiRM99 / majlis
- ✦ 500 gambar
- ✦ 10 pilihan design
- ✦ Video tetamu
- ✦ Galeri aktif 90 hari
- ✦ Tanpa penjenamaan
- ✦ Muat turun semua (.zip)
Soalan lazim
Ada Soalan?
Boleh saya pilih design galeri?+
Boleh. Pilih atau tukar design bila-bila masa dari halaman urus galeri — percuma untuk semua pelan. Warna PDF QR meja ikut design yang anda pilih.
Tetamu perlu pasang app atau daftar akaun?+
Tidak. Mereka hanya imbas QR galeri anda dan terus muat naik dari pelayar telefon. Tiada app, tiada akaun — semudah itu.
QR datang dari mana?+
Sebaik galeri dicipta, anda terus dapat pautan dan kod QR galeri sendiri. Cetak kad meja QR dari halaman urus galeri untuk diletakkan di majlis, atau kongsi pautan itu terus di WhatsApp.
Apa itu Live Wall?+
Paparan langsung gambar tetamu yang boleh anda tayang di TV atau projektor semasa majlis. Setiap gambar baharu muncul serta-merta, dengan QR di penjuru supaya lebih ramai tetamu turut serta.
Berapa lama galeri aktif & boleh saya muat turun semua?+
Galeri Pro kekal aktif 90 hari selepas majlis (galeri percuma: 7 hari). Anda boleh muat turun semua gambar sebagai satu fail .zip sebelum tempoh itu tamat.
Boleh tetamu muat naik video?+
Video tetamu tersedia pada pakej Pro. Pakej percuma menerima gambar — jelas dan tanpa had app.